30 November, 2009

Anak baka 600


terbaru untuk dipamerkan anak B baka 600

"SOLD OUT"

Anak rezeki - terbaru


Anak yang di paparkan sesi lepas kini telah masuk anak B

Raja bendang - latest update


Ini ialah gambar terbaru.Sekarang ini tengah meluruh.Ramai yang nak tahu datang dari mana raja bendang.Ia sempena nama kg saya kg bendang raja.Bila diterbalikan timbul lah raja bendang.

Lokasi Pertandingan 5 Disember 2009 - Tebengau


Bersama ini disertakan lokasi ke tempat pertandingan.

Kpd Peserta pertandingan.

1. Keluar melalui exit Alor Setar Selatan/Langkawi

2. Jumpa T/Light go straight sehingga jumpa simpang empat dimana simpang kiri ke Kuala Kedah. Landmark : Dihadapan traffic light sebelah kiri MASJID AMAN. Ambik simpang kiri sehingga jumpa simpang kiri juga yang menunjukkan direction ke YAN.Ambik Simpang kiri tersebut sehingga sampai ke TEBENGAU.

01 November, 2009

Bakal datang "Raja Bendang"


Ayam remaja ini yang baru sahaja mendapat johan di taman orkid pengkalan chepa ini bakal datang ke reban saya pada 7/11/2009.

update:

pra pertandingan, ayam ini berjaya memukau penonton dengan mengalahkan raja gegar.

Anak kepada "Rezeki"


Ini ialah anak kepada ayam "rezeki" saya yang telah bertukar tangan.

14 October, 2009

Pertandingan ayam serama di Alor Setar, Kedah


Peta Lokasi Pertandingan.

Setelah kita dimeriahkan dengan pertandingan serama di Kelantan dan Terengganu, Kami di PASKP (Peminat Ayam Serama Kubang Pasu ), Kedah dengan berbesar hati menjemput anda peminat ayam serama di seluruh tanah air untuk menyertai satu pertandingan ayam serama yang akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 7 November 2009

Tempat : Medan Selera Mergong (Berhampiran Kolej Universiti Islam Insaniah dan stesen Bas Shahab Perdana)

Kategori :

Serama A

Serama B

Serama Tanpa Lawi

Serama Muda

Serama Remaja

Serama induk

Serama Anak ( 140 gm ke bawah)

Hadiah : Tempat Pertama : RM 100.00 + Barangan Elektrik

Tempat Kedua : RM 70.00 + Barangan Elektrik

Tempat Ketiga : RM 50.00 + Barangan Elektrik

Cabutan Bertuah : Barangan Elektrik + hamper

Bonanza : TV 29 inci


Best of The Best: Wang Tunai


Maklumat Lanjut Hubungi : Ghani Bkt Pinang (019-4176090)




Aiman Bachok & Raja Gegar


Bagi sesiapa yang kurang kenal dengan beliau, di sini saya sertakan gambar beliau untuk anda mengenalinya. Raja Gegar ialah ayam kategori B yang sudah tidak dapat di hitung sudah berapa kali ia menang. Lawatan ke rumah Aiman didapati masih terdapat barangan elektrik yang belum dibuka kotaknya hasil dari kemenangan yang lepas.
Contact beliau : 0199075767

12 October, 2009

Pertandingan ayam serama peringkat ASEAN di Taman Orkid, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 10.10.2009





Pertandingan ini telah menarik ramai peserta dari berbagai negeri dan mendapat lipatan meluas dari surat khabar dan media tempatan seperti Harian Metro, TV3 dll. Saya yang memasuki kategori remaja dengan ayam baka seramaseripauh hanya berjaya mendapat tempat kedua kategori remaja. Dikalahkan oleh best of the best (Semut merah).Bersama ini disertakan sedikit gambar berkaitan pertandingan tersebut.

01 October, 2009

Peringatan Kepada Pencinta Ayam Serama

Saya telah mengalami tiga peristiwa yang mana menyebabkan ayam yang saya sayang mati.

Perkara 1.

Kawan beri petua kalau hama banyak spray dengan Ridsect.Tapi mesti ingat berapa banyak yang perlu di spray dan perangai ayam. Apa yang terjadi kepada ayam remaja saya baka aiman bachok mati ialah bila kita tengok hama banyak kita pun spray banyak dan jemur ayam tu.Apa yang terjadi ialah ayam tu asyik menggelisik bulu dia sehingga kering.Selepas itu tak lalu makan, jatuh sakit dan mati.

Perkara 2

Kalau ibu ayam yang kuat menguis makanan,baru menetas anak kecil.Pastikan diletak di dalam tempat yang lembut.Apa yang terjadi ialah anak ayam saya mati 2 ekor selepas anak kecil yang baru menetas yang duduk dibawah dada ibu dikuis kena di dinding plywood dan terus gol..

Perkara 3

Kalau anak ayam yang baru menetas yang ibunya fed up nak tengok muka (asyik cubit dan lambung) janganlah kita letakkan dengan ibunya lagi.Cepatlah asingkan.Anak ayam saya yang baru menetas oleh satu ibu tu habis mati kena dera dengan ibunya.Petua kawan kata cucuk hidung ibu ayam tu supaya ia tak boleh cubit anak dia.

30 September, 2009

Petua Ubat Cacing


Kawan - kawan kata kalau nak buat ubat cacing, ambil daun ini bagi makan ayam. nanti hilang cacing. Tapi untuk ayam sahaja, bukan untuk tuan ayam. Nanti naya kalau makan. tau tak daun apa ni. Ni la daun Ketum atau dikenali juga dengan daun biak. Tapi kalau tuan ayam nak buat gaya ninja mabuk silalah makan. gerenti gaya dapat markah penuh. Kalau sembang bab nak beli ayam pun mesti yang ribu-ribu punya sebab dah lalok..

For your eyes only


Anak A baka gegar aiman bachok . Tuan dia kata anak tino. tup-tup jadi jantan. Kena belanja tuan dia sate dua cucuk.


29 September, 2009

Juga untuk dijual


Berminat ..macam biasa datang tengok dan bincang.

Untuk dijual


Baka ayam kecil


Berminat datang tengok bincang harga...

Untuk dijual




Kepada sesiapa yang berminat...






Datang rumah , tengok dan bincang harga..

08 September, 2009

Bakal menggegar!!!!







Ayam ini yang saya perolehi dari aiman bachok telah menunjukkan ciri-cirinya yang sebenar. Dengan kibasan yang tak henti-henti, tarik dan gegar.tunggu kemunculannya selepas aidil fitri nanti.



07 September, 2009

Kategori muda atau induk ?


Selain dari memelihara ayam serama, saya juga mempunyai hobi mengambil gambar.kalau siapa-siapa yang mempunyai hobi yang sama bolehlah kita berkongsi idea.

03 September, 2009

direction to my house


attach is a map how to go to my house.


12 Taman Desa Sapura

06300 Kuala Nerang

Kedah.

02 September, 2009

New comer


My new stock arrived last week. I got from my friend Aiman tak Kisah (Bachok).My future hope.Still not 'parking' yet. Hopefully to win major competition.

04 August, 2009

My New Generation




My new chick from 'baka 13" @ ustaz bloodline

02 August, 2009

Serama chick "Aiman Bachok" bloodline


A pair of my serama Origin from "gegar + rinting" bloodline. I got from my good friend Aiman Bachok.

22 July, 2009

A pair of my serama chick


Anak serama saya baka 13






update(30/08/2009)




Gambar anak tu sekarang dah masuk remaja



16 June, 2009

Ayam Rezeki



Ayam ni saya perolehi semasa ikut kawan pergi tengok ayam. Nak dijadikan rezeki tak pernah lagi saya bawa bertanding tak pernah dapat hadiah. Johan,no 2,3,4,5,6. Walaupun tengah bersalin bulu pun ada ranking juga.

Update ..(18072009)

Pertandingan di Seberang Jaya (Penang) baru-baru ini tak dapat ranking sebab salah masuk kategori dan ekor menyalin banyak helai. Gaya dapat juga 21.5 tapi kena potong ciri-ciri sebab salah masuk kategori. dapat 77.5 markah sahaja.