14 October, 2009

Pertandingan ayam serama di Alor Setar, Kedah


Peta Lokasi Pertandingan.

Setelah kita dimeriahkan dengan pertandingan serama di Kelantan dan Terengganu, Kami di PASKP (Peminat Ayam Serama Kubang Pasu ), Kedah dengan berbesar hati menjemput anda peminat ayam serama di seluruh tanah air untuk menyertai satu pertandingan ayam serama yang akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 7 November 2009

Tempat : Medan Selera Mergong (Berhampiran Kolej Universiti Islam Insaniah dan stesen Bas Shahab Perdana)

Kategori :

Serama A

Serama B

Serama Tanpa Lawi

Serama Muda

Serama Remaja

Serama induk

Serama Anak ( 140 gm ke bawah)

Hadiah : Tempat Pertama : RM 100.00 + Barangan Elektrik

Tempat Kedua : RM 70.00 + Barangan Elektrik

Tempat Ketiga : RM 50.00 + Barangan Elektrik

Cabutan Bertuah : Barangan Elektrik + hamper

Bonanza : TV 29 inci


Best of The Best: Wang Tunai


Maklumat Lanjut Hubungi : Ghani Bkt Pinang (019-4176090)




Aiman Bachok & Raja Gegar


Bagi sesiapa yang kurang kenal dengan beliau, di sini saya sertakan gambar beliau untuk anda mengenalinya. Raja Gegar ialah ayam kategori B yang sudah tidak dapat di hitung sudah berapa kali ia menang. Lawatan ke rumah Aiman didapati masih terdapat barangan elektrik yang belum dibuka kotaknya hasil dari kemenangan yang lepas.
Contact beliau : 0199075767

12 October, 2009

Pertandingan ayam serama peringkat ASEAN di Taman Orkid, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 10.10.2009





Pertandingan ini telah menarik ramai peserta dari berbagai negeri dan mendapat lipatan meluas dari surat khabar dan media tempatan seperti Harian Metro, TV3 dll. Saya yang memasuki kategori remaja dengan ayam baka seramaseripauh hanya berjaya mendapat tempat kedua kategori remaja. Dikalahkan oleh best of the best (Semut merah).Bersama ini disertakan sedikit gambar berkaitan pertandingan tersebut.

01 October, 2009

Peringatan Kepada Pencinta Ayam Serama

Saya telah mengalami tiga peristiwa yang mana menyebabkan ayam yang saya sayang mati.

Perkara 1.

Kawan beri petua kalau hama banyak spray dengan Ridsect.Tapi mesti ingat berapa banyak yang perlu di spray dan perangai ayam. Apa yang terjadi kepada ayam remaja saya baka aiman bachok mati ialah bila kita tengok hama banyak kita pun spray banyak dan jemur ayam tu.Apa yang terjadi ialah ayam tu asyik menggelisik bulu dia sehingga kering.Selepas itu tak lalu makan, jatuh sakit dan mati.

Perkara 2

Kalau ibu ayam yang kuat menguis makanan,baru menetas anak kecil.Pastikan diletak di dalam tempat yang lembut.Apa yang terjadi ialah anak ayam saya mati 2 ekor selepas anak kecil yang baru menetas yang duduk dibawah dada ibu dikuis kena di dinding plywood dan terus gol..

Perkara 3

Kalau anak ayam yang baru menetas yang ibunya fed up nak tengok muka (asyik cubit dan lambung) janganlah kita letakkan dengan ibunya lagi.Cepatlah asingkan.Anak ayam saya yang baru menetas oleh satu ibu tu habis mati kena dera dengan ibunya.Petua kawan kata cucuk hidung ibu ayam tu supaya ia tak boleh cubit anak dia.