01 October, 2009

Peringatan Kepada Pencinta Ayam Serama

Saya telah mengalami tiga peristiwa yang mana menyebabkan ayam yang saya sayang mati.

Perkara 1.

Kawan beri petua kalau hama banyak spray dengan Ridsect.Tapi mesti ingat berapa banyak yang perlu di spray dan perangai ayam. Apa yang terjadi kepada ayam remaja saya baka aiman bachok mati ialah bila kita tengok hama banyak kita pun spray banyak dan jemur ayam tu.Apa yang terjadi ialah ayam tu asyik menggelisik bulu dia sehingga kering.Selepas itu tak lalu makan, jatuh sakit dan mati.

Perkara 2

Kalau ibu ayam yang kuat menguis makanan,baru menetas anak kecil.Pastikan diletak di dalam tempat yang lembut.Apa yang terjadi ialah anak ayam saya mati 2 ekor selepas anak kecil yang baru menetas yang duduk dibawah dada ibu dikuis kena di dinding plywood dan terus gol..

Perkara 3

Kalau anak ayam yang baru menetas yang ibunya fed up nak tengok muka (asyik cubit dan lambung) janganlah kita letakkan dengan ibunya lagi.Cepatlah asingkan.Anak ayam saya yang baru menetas oleh satu ibu tu habis mati kena dera dengan ibunya.Petua kawan kata cucuk hidung ibu ayam tu supaya ia tak boleh cubit anak dia.

1 comment:

  1. Member saya cuci/mandi guna shampoo pantene untuk buang hama ngan kutu.. tp saya blum try lg.. tgk aym dier mmg clear..

    ReplyDelete